Penyediaan tanah Pokok Barli

Barli biasanya ditanam selepas bawang, dan kadang-kala selepas kacang pea dan kacang, tetapi jarang sekali seseorang petani yang bagus menyemainya selepas gandum dan oat, kecuali di bawah sebab-sebab tertentu. Sekiranya disemai selepas bawang ia biasanya dilakukan selepas satu bajakan, yang dilakukan sepantas bawang dituai, dengan itu tanah mendapat kebaikan daripada frost musim bunga. Tetapi seringkali dua atau lebih bajakan diperlukan bagi ladang yang dituai, kerana apabila kemarau musim bunga tiba, permukaan tanah menjadi keras walaupun selepas tanaman sebelumnya baru dituai. Ini menjadikan pembajakan, menyisir dan memadatkan tanah yang lebih kerap diperlukan daripada biasa. Apabila disemai selepas kacang peas dan kacang, bajak semasa musim sejuk dan bunga biasanya dilakukan: tetapi apabila selepas tanaman gandum atau oat, tiga bajak diperlukan, agar tanah berada dalam keadaan sesuai. Operasi ini amat sukar dalam musim hujan dan lewat, dan jarang dalam kes ini tanaman setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Di mana keadaan tanah memerlukan tiga kali bajakan sebelum ia boleh disemai dengan barli, adalah lebih baik membiarkan tanah rehat sepanjang musim panas daripada mengambil risiko yang sering berlaku selepas penanaman musim bunga. Sekiranya cuaca kering, kelembapan hilang semasa proses berlainan, dan tuaian yang tidak sempurna terhasil; sekiranya hujan keuntungan membajak rugi, dan kesemua keburukan benih basah akan kekal bagi tanaman masa hadapan.

Kuantiti yang perlu disemaikan berbeza-beza bagi setiap kes, tergantung kepada mutu tanah dan keadaan-keadaan yang lain. Untuk tanah yang subur, lapan pek bagi setiap ekar (110 kg/ha) kekadang mencukupi, tetapi 12 pek seekar (160 kg/ha) adalah lebih biasa, dan untuk tanah yang tidak subur, lebih banyak pek diperlukan.

Melalui anggaran yang baik, jumlah biji yag disemaikan adalah cukup-cukup sahaja untuk memastikan hasil yang penuh tanpa bergantung kepada penumbuhan tunas; sebenarnya, sewaktu cara ini diamalkan, hasilnya akan masak pada waktu yang sama, dan kesemua butirnya adalah baik.